Monday, July 27, 2009

Peluang Menyertai Program BTN

27 Julai 2009 - Pegawai Hal Ehwal Pelajar IHYPJ, Pn Rozlina Shafie dengan sukacitanya memaklumkan kepada pelajar mengenai penganjuran kursus bina negara kepada pelajar KPYPJ. Kursus yang dijalankan oleh Biro Tatanegara (cawangan Johor) ini akan berlangsung dari 14 Ogos sehingga 17 Ogos di Kem BTN Gunung Pulai, Pontian. Seramai 30 orang pelajar IHYPJ dijemput untuk bersama-sama menyertai kem ini. Pengalaman melalui penyertaan di dalam program BTN adalah sangat berharga kepada pelajar malahan sijil penyertaan program BTN dihargai oleh sesetengah majikan dari kerajaan dan swasta. Pelajar digesa mengambil peluang yang berharga ini.

No comments: