Thursday, July 16, 2009

Sukan IPTS Zon Selatan - Bukti Kemampuan KPYPJ

14-16 Julai. Tahniah diucapkan kepada KPYPJ yang telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan IPTS Zon Selatan dengan jayanya. Karnival sukan ini, yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, MASISWA dan KPYPJ, telah berjaya menarik 10 IPTS di zon Selatan. Program sukan ini juga telah menarik sejumlah 500 orang peserta dan pegawai yang terlibat dengan sukan ini.

Juga diucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar IHYPJ yang turut mewakili pasukan bola jaring KPYPJ iaitu Siti Khadejah Zainal, Natasya Atiqah Abd Razak dan Anita Mohamed Aziz. Anda menjadi kebanggaan IHYPJ.

Pasukan KPYPJ berjaya mendapat johan dan naib johan di dalam beberapa acara dipertandingkan. Di dalam majlis penutup, dua pasukan yang bersaing hebat adalah pasukan KPYPJ dan Juga MMU.

No comments: