Friday, November 27, 2009
Sunday, November 22, 2009
Do You Know?
If you 'en route' to Batu Pahat City from Ayer Hitam Tol, you should take a peek at Restoran Bisik-Bisik. This restaurant is located off jalan Kaprawi few hundreds meters from Parit Raja Town.
This restaurant is established with inputs from IHYPJ. It came to my awe that the restaurant manager is a former IHYPJ student. Noshaslinda is her name. With warm welcome from Norhaslinda herself, and her friendly staffs, surely you fell like home.
This restaurant offers sumptous ala carte menu derived from fresh items delivered daily to this restaurant. The most famous dish, pan fried 'sea bass' accompanied by 'labu masak lemak' or pumpkin cook with coconut milk will surely satisfy your cravings. This restaurant also provides wide array of drinks to blend perfecly to your menu selection.
Thus, next time when you plan to go Batu Pahat, make yourself available to visit Bisik-bisik restaurant. You will not regret it.
Annual Dinner Pelajar IHYPJ- Memori Terindah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui Yang Dipertua (YDP) Saudara Ammar Salleh dan ahli jawatankuasa beliau dengan kerjasama kelab Hoteliers dan kelab Culinary telah menganjurkan majlis annual dinner di Restoran JB Catering, Tasik Merdeka , Johor Bahru pada 19 November 2009 yang menghimpunkan seramai 250 orang pelajar semester 1 hingga Semester 5 IHYPJ .
Antara tujuan utama majlis ini adalah, meraikan pelajar-pelajar semester 5 yang akan meninggalkan pembelajaran formal di kolej. Mereka akan menjalani latihan praktikal sebelum menamatkan pembelajaran sebagai mahasiswa IHYPJ. Majlis ini juga adalah untuk menyampaikan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik yang memperolehi GPA 3.5 ke atas. Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif IHYPJ En Mohd Asmadi bin Hj Alias. Kejayaan yang capai oleh pelajar ini diharap agar menyuntik semangat kepada rakan-rakan lain untuk belajar dengan lebih tekun agar mendapat kejayaan cemerlang. Di akhirnya IHYPJ berharap agar berjaya mencalonkan pelajar terbaik untuk menerima anugerah pingat emas menteri besar johor sepertimana yang pernah dicapai Nur Awatif Abd Rahman pada konvokesyen tahun lalu. Di samping itu, pelajar berkesempatan beramah mesra dengan pensyarah yang turut hadir memeriahkan majlis.
Ketika ditanya, En Mohd Asmadi Hj Alias menjelaskan "Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan menganjurkan majlis pada malam ini. Satu perkara yang sangat membanggakan saya adalah tahap kerjasama dan persefahaman yang tinggi di antara pelajar Kulinari dan Hospitaliti menyebabkan kehadiran tetamu yang tinggi dicatatkan. Kehadiran seramai 250 orang adalah jarang berlaku bagi mana-mana program IHYPJ sebelum ini"

120 Pelajar IHYPJ Membuat Lawatan Sambil Belajar
Seramai 120 orang pelajar Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari dan Diploma Pengurusan Hotel telah mebuat lawatan ke Kilang Ayamas dan Tesco Kulai baru-baru ini. Ini merupakan projek pelajar tahun akhir dalam kursus Keusahawanan. Melalui lawatan ini, pelajar dapat melihat sendiri secara dekat pemprosesan ayam di kilang yang terletak di Bandar Tenggara , Kulai. Ayam yang diproses akan dibekalkan kepada restoran KFC dan pasaraya di negeri Johor. Kilang ini berupaya memproses sejumlah 20,000 ekor ayam sehari . Pelajar juga dibawa ke Orchard Golf YPJ di mana kampus KPYPJ akan dibina kelak berhampiran. Seterusnya, pelajar membuat lawatan ke pasaraya besar Tesco Kulai. Pelajar diberi peluang menjejaki ke setiap bahagian di Tesco dari tempat pemunggahan barang hingga ke tempat jualan. Pelajar ditemani oleh En Hod bin Amin dan pensyarah pengiring iaitu Pn Sheilanorhila, Pn Farah Salwani ,En Mohd Faizal , Cik Mahfuzzah, Pn Norazilah dan En Fairuz. IHYPJ mendoakan ada di kalangan pelajar dari IHYPJ yang dapat mengaplikasikan dapatan dari rombongan ini apabila mereka memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka.
Wednesday, November 18, 2009
IHYPJ Explorerace
17 Oktober 2009 Aktiviti Explorerace telah dijalankan di IHYPJ. En Mohd Asmadi telah berbesar hati menyempurnakan permulaan perlumbaan ini. Seramai 50 orang peserta yang mewakili 10 buah pasukan telah mengambil bahagian di dalam program ini. Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar pengurusan hotel dan juga kulinari serta pasukan pensyarah. Cabaran yang dilalui termasuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan ilmu penyajian F&B. En Hod B Amin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang yang berjaya. Tahniah kepada yang berjaya.
Tuesday, November 17, 2009
English Drama Show - Yes We Can!
Oct 8, 2009 - With strong leadership, En Amir Hafiz has successfully organized series of English Drama presentation performed by Semester 3 students. With all the strength and abilities, more than 12 groups performed interesting dramas. These presentation were more meaningful where all the scripts, props, direction and showmanship were 100% from the students. One of the play entitled "Si Tanggang" was selected to represent this project and being showcased during IHYPJ Hari Raya Open House in front of KPYPJ CEO. With this achievement, we salute your hardwork and we appreciate your contribution.
Sunday, November 1, 2009
Study jangan Tak Study...
Bersempena dengan musim peperiksaan yang semakin hampir, semua pelajar IHYPJ disarankan untuk kembali menyemak kerja kursus setakat ini. Kemudian membuat tindakan sewajarnya kepada segala permasalahan yang timbul (jika ada). Sebagai contoh, sekiranya sehingga ke hari ini, pelajar ketinggalan untuk membuat kuiz dan kerja kursus, ini adalah masa yang paling sesuai untuk membetulkan keadaan. Sila berjumpa dengan pensyarah masing-masing.
Peperiksaan akhir juga sudah mula terasa bahangnya, oleh yang demikian, pelajar-pelajar IHYPJ diingatkan untuk mula mengulangkaji, buat latihan dan juga membaca bahan-bahan yang mungkin akan ditanya di dalam peperiksaan akhir nanti. Usaha + Tawakkal dan Doa diperlukan pada minggu peperiksaan nanti. Selamat berjaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)