Sunday, June 6, 2010

IHYPJ Staff went to Taylor's College




5 Jun 2010 - Seramai 27 pensyarah dan staff IHYPJ telah melawat Taylor's University College di Petaling Jaya. Program lawatan ini adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kerjasama di antara IHYPJ dengan Kolej Universiti Taylor's. Sejak majlis MoU antara kedua-dua IPT, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antara kedua-dua IPT sebelum ini.

Di samping itu, lawatan ini menjadi lebih bermakna apabila pensyarah psikologi terkenal daripada kolej universiti ini, Dr Adnan B Omar telah berkenan memimpin sebuah workshop berkenaan Psikologi Pelajar IPT masa kini. Sebagai seorang yang pakar di dalam Suicidology, beliau telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang 17 tahun berkhidmat di USA. Sudah pastinya input yang dikongsikan ini amat berharga apabila di implimentasikan di IHYPJ. Di harap program seumpama dengan ini akan diteruskan di masa akan datang.

Selepas bersama-sama menghadiri workshop tersebut, kesemua staf telah melawat kampus Kolej Unversiti Taylor's. Kampus yang serba lengkap dan moden ini sangat serius untuk memberikan peluang kepada pelajar IHYPJ yang telah tamat diploma masing-masing untuk meneruskan program ke peringkat yang lebih tinggi di sini.

June 5, 2010 - A total of 27 lecturers and staff IHYPJ visited Taylor's University College in Petaling Jaya. This visit is to enhance cooperation between IHYPJ with Taylor's University College. Since the MoU signing ceremony between both institutions, various activities were carried out between the two institutions.

The visit becomes more meaningful when the popular psychology lecturer from University College, Dr Adnan B Omar has lead a workshop on IPT Students Psychology today. As a specialist in Suicidology, he has shared his experience during 17 years of service in the USA. Of course this program is very valuable when implemented in IHYPJ. I hope this program will continue in the future.

After attending workshops, all staff have visited the campus of Taylor's University College. The campus is well-equipped, modern and committed to education excellence. This college provides opportunities for students who have completed IHYPJ diploma to continue the program to a higher level here. More information about this program, please contact the student affairs division.

2 comments:

Siti Raihana said...

salam..diharap pihak kolej juga akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar terutamanya yang masih menuntut di semester 1,2,3 utk mnyertai lawatan seperti ini. ini kerana mereka belum pernah menjalani latihan industri. lawatan seperti ini amat berguna utk memberi pendedahan kepada mereka tentang cara kerja ditempat lain dan juga utk berfikiran lebih kreatif dan 'think outside the box'.. sekian, terima kasih..

mahalias said...

Terima kasih kerana komen saudari. InsyAllah kami usahakan membawa lebih ramai pelajar IHYPJ ke Taylor's University College