Thursday, July 29, 2010

Hal Ehwal Pelajar KPYPJ Menganjurkan Seminar Pengurusan



28-29 Julai 2010 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan kepada Wakil-wakil pelajar di beberapa IPT Zon Selatan di Hotel New York Johor Bahru. Seramai 200 orang pelajar dan kepimpinan MPP telah turut serta di dalam program ini. Pelajar ini didedahkan dengan ceramah dengan tajuk yang sangat bersesuaian dengan persiapan menghadapai alam kerjaya. Di samping menghadiri program yang bermanfaat, ada di kalangan pelajar merasa gembira kerana dapat bermalam di hotel yang popular di bandaraya Johor Bahru.

28 to 29 July 2010 - KPYPJ Student Affairs Department had successfully organized a seminar on management of student representatives in various institutions of higher learning in the South Zone at New York Hotel Johor Bahru. A total of 200 students and the leaders from MPP have been participating in this program. Students are exposed to the lecture with the title which is in line with career preparation. In addition to attending the program useful, some students feel happy to be able to spend the night at a popular hotel in the city of Johor Bahru.

Tuesday, July 27, 2010

Aktiviti Fizikal Untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Semua Warga IHYPJ



27 Julai 2010 - Barisan Staff dan Pelajar-pelajar IHYPJ melaksanakan aktiviti fizikal pada pagi ini. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang yang turut sama bersenam mengikut rentak muzik yang dipilih. Program yang sebegini turut diberi penekanan di IHYPJ kerana kesihatan adalah aset yang paling berharga di dalam diri seseorang. Dengan kesihatan, barulah aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

July 27, 2010 - IHYPJ staffs and students perform physical activity this morning. This program brought together 70 people who were exercising according to the same chosen rhythm of music. Such programs are also given emphasis in IHYPJ for health is the most valuable assets in the individual. Students can absorb learning process effectively only when they are healthy.

Monday, July 26, 2010

Pelajar IHYPJ Menyertai MIFB di PWTC Kuala Lumpur



24 Julai 2010 - Seramai 35 pelajar dan 8 orang pensyarah IHYPJ menyertai pameran 11th Malaysia International Food and Beverage (MIFB ) Trade Fair yang diadakan di PWTC , Kuala Lumpur. Pameran ini menyediakan ruang pameran makanan dan minuman dari seluruh dunia dari aspek industri , produk, proses dan jenama. Para pensyarah dan pelajar juga mendapat idea baru dalam proses pembentukan produk baru serta peluang meluaskan pengaruh produk berkenaan melalui pemasaran dari pelbagai peringkat. Sesungguhnya program seperti ini sangat bermanfaat kepada pelajar dan staff IHYPJ. Di harap pihak kolej dapat menghantar pelajar ke program-program seperti ini bagi meningkatkan tahap ketrampilan pelajar IHYPJ.

July 24, 2010 - A total of 35 students and eight lecturers had participated in the 11th Malaysia International Food and Beverage (MIFB) Trade Fair Exhibition held in PWTC, Kuala Lumpur. This exhibition presents not only food and drinks from around the world, but attendees were exposed with the industries, products, processes and brands awareness. The lecturers and students also have a new idea in the formation of new products and expand the opportunities of marketing the product through various stages. Indeed, the program is very useful to students and staff IHYPJ. It is hoped that IHYPJ will send more students to these programs to improve student skills IHYPJ.

Thursday, July 22, 2010

Aktiviti di Pagi Jumaat 23 Julai 2010






Melalui program budaya Quran anjuran Jabatan Kulinari, pagi ini merupakan kali pertama pelajar mengalami suasana di Cafe Segar Amat. Cafe yang diuruskan oleh IHYPJ ini telah menerima kehadiran staf dan pelajar baru berjumlah 70 orang kesemuanya. Sebagai aktiviti mingguan staff kolej, program pagi ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran Ust Zulkarnain Yacob yang berkenan memimpin bacaan yaasin dan doa selamat serta ceramah agama bertajuk membina hubungan sesama insan. Kemudian semua tetamu menjamu selera seperti yang disediakan oleh pekerja restoran.

The Quran recitation and 'culturalizing' program organized by the Culinary Department, this morning, was the first time new students have very fresh experience going to Cafe Segar Amat. The cafe which is managed by IHYPJ has hosted 70 staff and new students today. As a weekly activity, today's program was lead by Ust Zukarnain Yacob who lead the reading of the Yassin and prayer and religious talk entitled secure a relationship between human beings. Then, all guests were invited to enjoy food provided by the cafe employees.

Wednesday, July 21, 2010

Program Penasihatan Akademik Membantu Pelajar

seperti di dalam laporan Utusan Malaysia 21 Julai 2010. as in the Utusan Malaysia July 21, 2010 report

Monday, July 19, 2010

55 Orang pelajar mendaftar pada 19 Julai 2010



Seramai 55 orang pelajar baru bagi sessi Julai-Disember 2010 telah mendaftar di Institut Hospitaliti YPJ. Selamat datang diucapkan kepada mereka. En Mohd Asmadi semasa menyampaikan taklimat Pengarah, telah menyarankan pelajar untuk bersungguh-sungguh memahami sistem akademik dan menguatkan semangat untuk belajar sampai tamat pengajian diploma masing-masing. Beliau juga menambah bahawa IHYPJ merupakan sebuah Institusi yang menggalakkan sifat dan perlakuan yang menyerlahkan kecemerlangan staff dan pelajarnya.

A total of 55 new students for the session from July to December 2010 have enrolled in the Institute of Hospitality YPJ. En Mohd Asmadi during his briefing to the students, has urged students to understand the academic system and strengthen the spirit to learn to complete their diploma studies. He also added that IHYPJ is an institution that encourages excellence among students and staff.

Wednesday, July 14, 2010

IHYPJ menghadiri Seminar Iskandar Malaysia





15 Julai 2010 - Seramai 88 orang staff dan pelajar IHYPJ telah menghadiri Seminar Iskandar Malaysia Projects Update yang diadakan di JOTIC di Johor Bahru. Seminar ini dianjurkan oleh Iskandar Malaysia sebagai makluman kepada kumpulan sasaran terpilih mengenai perkembangan terbaru projek-projek di bawah Iskandar Malaysia.

IHYPJ sebagai sebuah pusat latihan membangunkan tenaga manusia di dalam bidang perhotelan ingin turut serta di dalam agenda pembangunan ini. Justeru itu, IHYPJ tidak mahu melepaskan peluang untuk melibatkan kesemua warganya di dalam mengikuti perkembangan Iskandar Malaysia. Sudah pasti peserta yang hadir mendapat maklumat secara langsung mengenai projek-projek seperti Legoland, Medini, Premium Outlet, Puteri Harbour dan lain-lain lagi.


July 15, 2010 - A total of 88 staff and students attended IHYPJ Iskandar Malaysia Projects Update Seminar held in Johor Tourism Information Center (JOTIC) in Johor Bahru. The seminar is organized by the Iskandar Malaysia as the information to selected target groups about the latest development of projects in the Iskandar Malaysia.

IHYPJ as a training center to develop manpower in the hospitality field to participate actively in this development agenda. Thus, IHYPJ not want to miss the opportunity to engage all citizens in pursuing the development of Iskandar Malaysia. Definitely, participants were given information on projects such as Legoland, Medini, Premium Outlet, Puteri Harbour, and others.

Friday, July 9, 2010

Pertandingan Bowling Kelab Hotelier.... Membanggakan








7 Julai 2010 - Kelab Hoteliers telah menganjurkan pertandingan bowling yang paling meriah di dalam sejarah IHYPJ. Seramai 116 orang peserta telah menyertai pertandingan ini daripada Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari. Pertandingan ini turut dihadiri oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Ketua Eksekutif Kolej dan En Hod Amin, Timbalan Ketua Eksekutif. Pertandingan yang sengit ini bermula dari jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Tahniah diucapkan kepada penganjur di atas kejayaan menganjurkan pertandingan boling terbesar di dalam sejarah kolej ini.

Hoteliers Club has organized the most eventful bowling tournament in the history of IHYPJ. A total of 116 participants took part in the competition who are students enrolled in the Diploma of Hotel Management and Diploma of Food Preparation and Culinary. The competition was attended by Mr Mohd Asmadi Hj Alias, College Chief Executive and Mr Hod Amin, Deputy Chief Executive. This intense competition from 2:00 pm until 5:00 pm. Congratulations to the organizers of the largest successful organizing a bowling tournament in the history of this college.

Tuesday, July 6, 2010

IHYPJ dapat kenderaan baru





7 Julai 2010 - Pada hari ini, IHYPJ dengan rasminya menerima sebuah van model Kia Pregio bagi kegunaan kolej. Dahulu IHYPJ hanya bergantung kepada Van berjenama Toyota bagi urusan kolej. Kini, IHYPJ boleh merancang program-program pelajar dan staff dengan lebih cekap dan jimat kerana model ini menggunakan Disel manakala kenderaan lama menggunakan petrol.

On this day, IHYPJ officially received a Kia Pregio van for use in college. Before this, IHYPJ depending on the Toyota Van for college business. Now, IHYPJ can plan programs for students and staffs more efficiently and economically because the model uses diesel fuel as supposed to petrol which is used by the Toyota van.

Sunday, July 4, 2010

Peluang Kerjaya Di Institut Hospitaliti YPJ

5 Julai 2010 - Individu berkelayakan dan berminat adalah dipelawa untuk memohon dan mengisi kekosongan jawatan di Institut Hospitaliti YPJ. Berikut adalah nama jawatan dan syarat kelayakan memohon;

1. Pensyarah Perhotelan - Ijazah Sarjana Muda di dalam Pengurusan Hotel dari IPT tempatan dan luar negera yang diiktiraf. Mempunyai ciri-ciri dan ketokohan menjadi profesional di dalam bidang akdemik. Berminat dengan kerjaya pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan bahasa tambahan dan pengalaman bekerja adalah satu kelebihan.

2. Pensyarah Kulinari - Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Seni Kulinari/Penyediaan Makanan dari IPT tempatan dan luar negara yang diiktiraf. Mempunyai ciri-ciri-ketokohan menjadi profesional di dalam bidang kulinari. Berminat dengan kerjaya pembelajaran dan pengajaran. Penguasaan bahasa tambahan dan pengalaman kerja adalah satu kelebihan.

3. Penolong Pensyarah - Diploma di dalam bidang perhotelan/kulinari/pelancongan dari IPT tempatan dan luar negara yang diiktiraf. Mempunyai ciri dan ketokohan menjadi profesional di dalam bidang akademik. Berminat dengan kerjaya pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan bahasa tambahan dan pengalaman bekerja adalah satu kelebihan.

Kepada calon yang berminat, sila emailkan resume anda beserta gambar dan surat permohonan rasmi ke mahalias@yahoo.com atau asmadi@kpypj.edu.my sebelum 1 Ogos 2010. Calon yang terpilih sahaja akan di maklumkan melalui email dan panggilan telefon. Selamat memohon.



July 5, 2010 - qualified and interested individuals are invited to apply for and fill the vacancies at the Institute of Hospitality YPJ. The following are the names and qualifications needed to apply;

1. Lecturer - Bachelor in Hotel Management from local and foreign institutions of higher learning recognized by YPJ. Possess strong will to succeed in academic field. Interested in a career of teaching and learning. Additional language proficiency and work experience is an advantage.

2. Culinary Lecturer - Bachelor in Culinary Arts / Food Service from local and overseas institutions of higher learning recognized by YPJ. Possess strong will to succeed in academic field. Interested in learning and teaching career. Additional language proficiency and work experience is an advantage.

3. Assistant Lecturer - Diploma in the field of hospitality / culinary / tourism from local and overseas institutions of higher learning recognized by YPJ. Posses strong will to succeed in academic field. Interested in a career of teaching and learning. Additional language proficiency and work experience is an advantage.

To candidates who are ready, willing, able and interested, please email your resume along with a photo and an official application letter to asmadi@kpypj.edu.my mahalias@yahoo.com or before August 1, 2010. The selected candidates will be informed via email and phone calls.