Wednesday, July 14, 2010

IHYPJ menghadiri Seminar Iskandar Malaysia





15 Julai 2010 - Seramai 88 orang staff dan pelajar IHYPJ telah menghadiri Seminar Iskandar Malaysia Projects Update yang diadakan di JOTIC di Johor Bahru. Seminar ini dianjurkan oleh Iskandar Malaysia sebagai makluman kepada kumpulan sasaran terpilih mengenai perkembangan terbaru projek-projek di bawah Iskandar Malaysia.

IHYPJ sebagai sebuah pusat latihan membangunkan tenaga manusia di dalam bidang perhotelan ingin turut serta di dalam agenda pembangunan ini. Justeru itu, IHYPJ tidak mahu melepaskan peluang untuk melibatkan kesemua warganya di dalam mengikuti perkembangan Iskandar Malaysia. Sudah pasti peserta yang hadir mendapat maklumat secara langsung mengenai projek-projek seperti Legoland, Medini, Premium Outlet, Puteri Harbour dan lain-lain lagi.


July 15, 2010 - A total of 88 staff and students attended IHYPJ Iskandar Malaysia Projects Update Seminar held in Johor Tourism Information Center (JOTIC) in Johor Bahru. The seminar is organized by the Iskandar Malaysia as the information to selected target groups about the latest development of projects in the Iskandar Malaysia.

IHYPJ as a training center to develop manpower in the hospitality field to participate actively in this development agenda. Thus, IHYPJ not want to miss the opportunity to engage all citizens in pursuing the development of Iskandar Malaysia. Definitely, participants were given information on projects such as Legoland, Medini, Premium Outlet, Puteri Harbour, and others.

No comments: