Tuesday, August 30, 2016

Lawatan UMS Investment Holdings Sdn Bhd ke KPYPJ

30 Ogos 2016 - KPYPJ telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai kanan UMS Investment Holdings Sdn Bhd, sebuah organisasi milik Universiti Malaysia Sabah. Pegawai-pegawai ini diketuai oleh En Yusak Misek, Pengarah syarikat tersebut diiringi oleh Dekan Fakulti Pendidikan dan Dekan Program Luar UMS. Pelbagai kaedah kerjasama telah dibincangkan untuk mewujudkan situasi menang menang di antara kedua-dua organisasi.

Pasukan ini juga telah mengadakan kunjungan ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.

Pasukan ini juga telah dibawa melawat Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor bagi melihat pembangunan yang sedang dijalankan di kampus tersebut.

Perjumpaan di Hotel Puteri Pacific

Bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ

Bergambar kenangan di Pejabat KPYPJ

Bergambar kenangan di Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor

No comments: