Saturday, August 20, 2016

Menerima sumbangan bas dan van dari INTAN Wilayah Selatan

8 Ogos 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menerima sumbangan sebuah bas dan juga sebuah van pada hari ini. Institut Tadbiran Awam Negara Cawangan Kluang telah berbesar hari menyumbangkan sebuah dan bas dan van untuk digunakan di KKTJ. Majlis penyerahan aset-aset tersebut dijalankan di INTAN Kluang pada hari ini. Pengarah INTAN Wilayah Selatan telah meyampaikan kunci tersebut kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias.


No comments: