Sunday, October 8, 2017
Wednesday, October 4, 2017
MOU KPYPJ dengan Organisasi Minyak dan Gas 2017
1 Oktober 2017 - KPYPJ telah mencatatkan sejarahnya sendiri dengan menganjurkan majlis penyerahan MoU dengan 18 Organisasi Minyak dan Gas pada hari ini di Hotel Amari Johor Bahru. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato Hj Mohamed Khaled B Nordin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ. Dengan termeterainya MoU ini, KPYPJ akan mula mengorak langkah menawarkan kurusus minyak dan gas.
KPYPJ telah menandatangani MoU dengan 10 organisasi yang merupakan rakan strategik latihan seperti DOKA Formwork Sdn Bhd, SR Scaffold Resources, Elektro Serve, Trans Ismor Engineering, Institut Material Malaysia, BBTECH Industries, Zone Safety, Nilai Technical Training Center, Supreme Didactic Sdn Bhd dan Sri Limbat Teknik. Kesemua rakan strategik akan bersama-sama KPYPJ untuk menawarkan kursus-kursus yang diterima industri minyak dan gas.
KPYPJ juga telah menandatangani MoU dengan 8 buah syarikat yang memerlukan tenaga kerja di dalam bidang minyak dan gas. Syarikat yang dimaksudkan adalah seperti Petrosahabat Sdn Bhd, SH Group of Companies, RM Leopad, Eluminas, Elektro Serve dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini telah menyampaikan surat hasrat (letter of intent) untuk mengambil pelatih yang dilatih oleh KPYPJ menjadi tenaga kerja di tempat mereka. Berdasarkan kepada keperluan yang dinayatakan di dalam surat hasrat, lebih 1,000 kekosongan jawatan diperlukan di dalam pelbagai bidang di RAPID Pengerang.
KPYPJ juga telah melantik seramai 8 orang individu penting di dalam syarikat EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commisioning) iaitu syarikat kontraktor utama untuk menjadi penasihat teknikal kepada program latihan minyak dan gas di KPYPJ. Mereka yang di maksudkan ialah En Rejab S Alam Shah dari Syarikat Punj Llyod, En Hamdan Osman dari Syarikat TOYO Engineering, En Hamdan Mamat dan En Khairuddin dari Petronas, En Hisham Ariffin dari SR Scaffold Resources, En Arshad Asri dari Petrosahabat Sdn Bhd, En Muhammad Alwi dari EP, dan En Fauzi dari SWA.
Di dalam majlis ini, KPYPJ memperkenalkan seorang wanita yang mempunyai kelulusan tertinggi di dalam bidang scaffolding. Personaliti yang dimasudkan ialah Fatin Inani Masron.

MoU dengan Institut Material Malaysia
MoU dengan Syarikat ElektroServe M Sdn Bhd
MoU dengan Syarikat Trans Ismor Engineering Sdn Bhd
Pelatih yang sedang mengikuti kursus scaffolding di KKJ Kota Tinggi
Dato Menteri Besar Johor bersalaman dengan pelatih-pelatih KPYPJ
Ucapan perasmian Dato Menteri Besar Johor
Ucapan perasmian
Penasihat Teknikal KPYPJ
Ikon Minyak dan Gas, Fatin Inani Masron
Majikan yang akan mengambil pekerja yang dilatih di KPYPJ
Rakan Strategik Latihan KPYPJ
Barisan Technical Advisory Committee KPYPJ
Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 20
Majlis Konvokesyen KPYPJ yang ke 20 telah berlangsung dengan meriahnya pada 23 September 2017. Majlis ini diadakan di Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan dirasmikan oleh YB Datuk Ayub B Rahmat, Exco Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor.
Di samping majlis konvokesyen, Kolej juga menganjurkan FESKO iaitu Festival Kolej bagi memeriahkan lagi majlis Konvokesyen kali ini.
FESKO 2017 dirasmikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Timb Ketua Eksekutif Pemasaran, Korporat dan Hubungan Industri.
Tuesday, May 23, 2017
Kursus Kempimpinan IPT
Ahli-ahli Pengurusan KYPJ menyertai kursus Kepimpinan Akademi IPT Masa Kini pada 18 Mac 2017. Kursus yang dianjurkan oleh KPYPJ Management Services SB. Penceramah yang dijemput menyampaikan ilmu adalah Prof Ir. Dr Azrai B Mohd Kassim dari UTM dan Prof Datuk Dr Noh B Dalimin dari UTHM. Perlbagai tajuk dan nasihat telah disampaikan oleh kedua-dua personaliti ini. Adalah diharapkan agar ilmu yang disampaikan oleh mereka dapat dilaksanakan di KYPJ.
Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan di Klana Resort Seremban
21 Februari 2017 - Mesyuarat Majlis Kejasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) kali ke 26 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Klana Resort Seremban. Mesyuarat ini diadakan bagi meningkatkan agenda pembangunan TVET di kalangan rakyat Malaysia. Mesyuarat MKKY pada kali ini dirasmikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dan juga turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Dato Menteri Besar Negeri Sembilan berbual dengan Ahli MILKY
YAB Menteri Pendidikan Menyampaikan Cenderahati kepada YAb Menteri Besar Negeri Sembilan
Mesyuarat sedang berjalan
Ahli-ahli mesyuarat bergambat kenangan di perkarangan hotel
Program Unity Run
20 Februari 2017 - Program Unity Run telah diadakan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor anjuran Bahagian Pemasaran, Korporat dan Hubungan Industri. Program ini dianjukan bagi meningkatkan lagi tahap kerjasama di antara pelajar dan staff dan sebaliknya. Seramai 900 orang telah terlibat di dalam program ini. Peserta memulakan acara dengan bersenam beramai-ramai dan larian di kawasan sekeliling kampus.
Majlis Perasmian The Food Loft Hajar Integrated (M) Sdn Bhd
13 Februari 2017 - Majlis perasmian The Food Loft yang dimiliki oleh Hajar Integrated (M) Sdn Bhd telah dirasmikan dengan jayanya pada hari ini. The Food Loft adalah sinonim dengan Kolej KPYPJ kerana seramai 13 orang alumni KKTJ Johor Bahru telah menjadi pekerjanya sejak dari mula The Food Loft ini ditubuhkan. Lebih membanggakan lagi, pelajar-pelajar dari KKTJ Johor Bahru ini merupakan belia yang dipilih dari Daerah Padang Terap Kedah. Tahniah diucapkan kepada mereka.
Alumni IHYPJ menjadi usahawan penyediaan makanan berjaya
Jika anda ke Johor Bahru dan nak cari tempat makan... singgahlah ke Al Mizan Tepian Tebrau gerai no 18&19. Selain drpd satenya yg terbaik, ada juga masakan Johor seperti Asam Pedas dan juga macam2 menu yang lain. Sedap tau... Owner dia adalah alumni KYPJ iaitu saudara Syarif Mizan. Jom pakat singgah.... Beliau juga mempunyai sebuah restoran yang menggunakan jenama yang saya di Kampung Melayu.
Tuesday, January 31, 2017
Lawatan Ke Projek Rapid Pengerang
Kota Tinggi - Pihak pengurusan KPYPJ dan Ketua Eksekutif Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan telah dibawa melawat projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) Pengerang pada 23 Januari 2017 yang lalu. Pembangunan yang pesat sedang berlaku di dalam tapak Rapid ini. Delegasi juga telah dimaklumkan bahawa pada masa ini, kesemua projek ini memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 orang pekerja di dalam bidang scaffolding (pemasang perancah). Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang, keperluan pekerja di kawasan ini tertumpu kepada jurukimpal pula. KPYPJ telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program latihan minyak dan gas di dalam salah satu kolejnya di Jalan Kota Tinggi Mersing. Program tersebut adalah program induksi yang membolehkan peserta latihn untuk diterima bekerja di dalam kawasan Pengerang.
Taklimat ringkas diberikan kepada tetamu
Sessi soal jawab
Salah satu bangunan utama
Sebuah bangunan di dalam pembinaan
penginapan pekerja Pengerang
asrama kepada pekerja
Amphitheater atau tempat pekerja berkumpul
Peraturan sekiranya ingin bertugas di dalam kawasan Rapid Pengerang
Majlis Malam Penghargaan Staff 2016
Kumpulan Pendidikan YPJ telah menganjurkan malam penghargaan staff di Hotel Selesa Johor Bahru pada 19 Januari 2017 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hj A Rashid Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Beliau telah memaklumkan mengenai perubahan perjawatan staf yang dikuatkuasakan pada 15 Januari 2017 adalah untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat berada di dalam keadaan yang positif. Beliau memberi ucapan di hadapan 300 orang tetamu yang terdiri dari semua staff di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ. Pada malam tersebut, pekerja cemerlang, pekerja khidmat setia dan pekerja contoh telah diberikan anugerah dan hadiah yang lumayan.
Antara staf KKTJ Baru Pahat
staff KKTJ Johor Bahru
Staff Bahagian Pembangunan Kemahiran
Subscribe to:
Posts (Atom)