Monday, April 20, 2009

IHYPJ Explore Day 2009

9 April 2009. Seramai 1,200 orang tetamu telah membanjiri dataran IHYPJ pada hari terbuka atau lebih dikenali dengan IHYPJ Explore Day ini. Program yang dijalankan kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat korporat ternama, agensi kerajaan dan juga rakan IPT kolej ini iaitu Kolej Universiti Taylor's. Program ini dirasmikan oleh Y Bhg Dr Sa'ari B Md Nooh, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ ini mendapat liputan meluas di dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Pelajar-pelajar dari sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian dan juga Batu Pahat turut serta di dalam program ini. Mereka diberi peluang menyaksikan demonstrasi masakan, ukiran buah dan ais, lipatan napkin, menghias kek dan mendengar taklimat pendidikan dan kerjaya. Ada pelajar yang dijemput menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan pada hari tersebut.

Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini terutamanya YAB Menteri Besar Johor, Kolej University Taylor's, Iskandar Investment Berhad, Ajinomoto (Malaysia) Berhad, YB Datuk Maulizan B Bujang, YPJ Holdings, Petronas Dagangan Sdn. Bhd, Nestle, Badan Cemerlang, Naha Power, Swan Stabilo, Restoran Kak Nas, DIHA Trading dan semua pihak yang menaja program ini.

No comments: