Wednesday, April 29, 2009

Pasukan Futsal Gabungan IH-ITP Juara

4 April 2009 - Gabungan pemain handalan dari IH dan ITP telah menggegarkan stadium futsal berhampiran Giant Tampoi dengan menjadi Johan keseluruhan kejohanan futsal tertutup (untuk staff sahaja) KPYPJ. Pasukan yang baru sahaja dibentuk menerima kekalahan pada perlawanan pertama apabila menentang jaguh-jaguh dari Kolej Komuniti Kota Tinggi. Namum demikian, pasukan ini telah berjaya menewaskan semua pasukan lain termasuk KIJ, KPYPJ dan unit Akademik/HEP. Oleh kerana pertandingan menggunakan format liga, maka pasukan IH-ITP ini ditabalkan menjadi juara kerana perbezaan gol. Pemain berbahaya IH, iaitu en Asmadi turut menyumbangkan melebihi 6 gol untuk menyumbang kepada kejuaraan ini. Tahniah kepada Kelab Kebajikan Staff KPYPJ kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dan En Sa'dullah B Mohidin, Timbalan Pengurus Besar KPYPJ turut hadir dan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. IHYPJ boleh...
Pemain bergambar kenangan bersama En Sa'dullah selepas ditabalkan sebagai Johan pertandingan.





2 comments:

Nanie Harris said...

Tahniah...kebetulan pemain handalan KPYPJ tiada pd hari tersebut... :)

mahalias said...

Hehe kebetulan yang menguntungkan....