Tuesday, April 21, 2009

Minggu Penghayatan Islam 1430 H




Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ di bawah pimpinan En Omar B Ali Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPYPJ telah berjaya menganjurkan Minggu Penghayatan Islam(MPI) 1430H. Program ini yang menyaksikan penyertaan IPT di seluruh Johor antaranya Seluruh Kolej-kolej KPYPJ, Politeknik Johor Bahru, Kolej SAL, Kolej Cosmopoint dan lain-lain.

Di antara acara yang dipertandingkan pada minggu MPI ini adalah perujian membaca Al Quran, Berzanji, Pidato Keagamaan dan Sketsa. IHYPJ turut menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan ini. Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini dilaksanakan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. IHYPJ berjaya membawa pulang 2 naib johan iaitu bagi acara pidato lelaki dan pidato perempuan. Manakala pasukan sketsa berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Hadiah disampaikan oleh Hj Abd Razak Md Saad, Timbalan Pengurus Besar KPYPJ sebagai wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.

No comments: