Saturday, November 19, 2016

Mesyuarat Bersama Consul General Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam

16 November 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah meluaskan lagi hubungan antarabangsa dengan mengadakan mesyuarat dengan Pengarah, Education Malaysia Indo-China Region dan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor pada hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg En. Sofian Akmal Abd Karim selaku Consul General Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh. Di dalam mesyuarat tersebut, En Sofian Akmal telah menyatakan tentang peluang hubungan kerjasama meluas yang boleh diceburi oleh KKTJ. Beliau sangat menyokong usaha KKTJ untuk melihat peluang dan mengembangkan operasi ke peringkat antarabangsa khususnya di Bandaraya Ho Chi Minh. Beliau juga menyatakan akan memberikan sokongan yang padu bagi usaha KKTJ mempromosi Malaysia melalui bidang pendidikan dan latihan.

Pengarah Education Malaysia, Cik Normala Baharudin turut mengalu-alukan kedatangan pasukan KKTJ ke Bandaraya Ho Chi Minh. Beliau telah menerangkan mengenai sistem pendidikan di Negara Vietnam serta potensi program yang diminati oleh rakyat Vietnam.  Kencenderungan ekonomi rakyat Vietnam dan persepsi mereka mengenai pendidikan turut dibincangkan di dalam sesi ini. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat KKTJ, En Mohd Asmadi Hj Alias menyatakan bahawa KKTJ  berhasrat untuk mengembangkan bidang latihan minyak dan gas serta hospitaliti di Negara tersebut. KKTJ mempunyai pengalaman dan kapasiti untuk menawarkan program berimpak tinggi dan diiktiraf antarabangsa untuk belia dari negara tersebut. Di dalam mesyuarat tersebut juga, Cik Normala telah mencadangkan agar KKTJ dan Universiti Malaya untuk bekerjasama di dalam merekabentuk program pendidikan dan latihan yang menarik minat rakyat Vietnam seterusnya dapat mempromosi negara Malaysia. 

Di hadapan Pejabat Konsul General Malaysia, Ho Chi Minh City

Bilik Mesyuarat Pejabat Consul General Malaysia

Mesyuarat dan Perbincangan 3 Hala, Education Malaysia, KKTJ dan Universiti Malaya

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh empat orang pengurusan kanan Universiti Malaya


 
Cenderahati yang disampaikan kepada Konsul General Malaysia di Ho Chi Minh City

Cenderahati yang disampaikan kepada Pengarah Education Malaysia Indo-China Region

Perbincangan dengan tiga orang pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal di Ho Chi Minh City

Bergambar kenangan di hadapan Pejabat Consul General Malaysia bersama Cik Normala Baharudin, Pengarah Education Malaysia


Bagi memahami budaya pendidikan di Ho Chi Minh City, Pengarah Education Malaysia telah menjemput tiga orang pelajar Universiti Teknologi Petronas untuk bersama-sama berinteraksi dengan ahli-ahli mesyuarat. Mereka telah berada di bandaraya ini selama 5 bulan. pelajar-pelajar ini juga telah memberikan maklumat penting mengenai budaya orang-orang Vietnam. Mereka menyatakan bahawa kemampuan berbahasa inggeris adalah sesuatu perkara yang sedang dipertingkatkan di negara tersebut. 

No comments: