Monday, November 14, 2016

Wan Amiruddin Bin Mohd Asri, Kisah Kejayaan Murid Bekeperluan Khas

Kisah kejayaan Murid Bekeperluan Khas yang menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu saudara Wan Amiruddin B Mohd Asri. Beliau merupakan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Sistem Komputer di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor. Syabas diucapkan kepada beliau. Berikut adalah liputan yang diperolehi daripada laman facebook beliau yang menyentuh mengenai Kisah Inspirasi - EKUITI



“Selepas tamat pengajian sekolah rendah, Wan Amiruddin melanjutkan pelajaran ke Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Sultan Omar. Selepas tamat pengajian di sekolah ini, pihak Kementerian Pendidikan telah menawarkan beliau ke program Buying Seats di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta serta Industri dimana beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang juruteknik komputer.” – ENCIK AZRAN BIN IBRAHIM, Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan guru kepada WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI, SMK Sultan Omar, Terengganu




“Pelajar yang bernama Wan Amiruddin Mohd Asri ini seorang pelajar yang amat baik, dan sangat bersemangat untuk memperbaiki diri. Semasa dia bersekolah di sini, dia seorang pelajar yang aktif.” – ENCIK WAN SU BIN WAN JAFFAR, Pengetua SMK Sultan Omar, Terengganu




“Pada awalnya, Wan Amiruddin selalu datang masa saya sedang berniaga untuk melihat-lihat dan dia ada beli pakaian jersi dengan saya. Kemudian dia ada menyatakan hasrat dia, yang dia berminat untuk buat benda yang sama.” “Apabila saya melihat semangatnya; dia seorang yang bersungguh-sungguh, itu yang membuatkan saya rasa “dia ini ada semangat, dia boleh buatlah”. Semua yang dia buat, yang dia belajar, contohnya bila belajar hanya sekali, dia sudah ‘dapat’. Dia seperti seorang yang senang belajar, dia boleh pergi jauh dengan perniagaannya sekarang.” – ZULHELMI BIN RAMLI, rakan niaga WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI



“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. OKU tak semestinya tak boleh buat macam orang lain.” – WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI, mantan Pelajar SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu

No comments: